SASELI & PARTNER

Tentang Kami

Firma guaman Syariah yang dipercayai. Kami sedia mendengar dan membela hak anda dengan penuh empati dan profesionalisme

LATAR BELAKANG

Puan Nor Thamaniah binti Saseli merupakan pemilik firma guaman Saseli & Partner, merupakan seorang lepasan ijazah sarjana muda Syariah dengan Undang-undang (Kepujian) daripada Universiti Islam Selangor (UIS) dan kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang lanjutan selepas Ijazah DLSA.

Minat yang mendalam sejak dari bangku sekolah dalam bidang Perundangan meletakkan pengalaman pada hari ini 10 tahun dalam Undang-undang Syariah, Seorang yang tegas, komited dalam amanah pelanggannya. Kes-kes kendalian daripada firma saya dilantik daripada pelbagai latar belakang kalangan VIP, Dato, Datin Golongan Profesional.

Fokus kami adalah Peguam Syarie, Perunding Keluarga, Perancang Harta, Faraid, Jenayah Syariah, Penulis Wasiat & Hibah. Jika anda mempunyai masalah berkaitan kekeluarga Islam, hibah, wasiat, Pusaka, Jenayah Syariah, Notis Tunjuk sebab, Fasakh, Hadanah, Perceraian, Permohonan Wali Hakim, Pengesahan Nikah, Nafkah Anak, Hutang dalam Perkahwinan, Gantirugi pertunangan, Mutaah, Harta Sepencarian, tebus talak, dan lain-lain adalah pilihan yang tepat untuk anda hubungi Islam khususnya di Malaysia. bersemuka mahupun dalam talian amat dialu-alukan.

Kenapa Firma Guaman Kami Dipercayai

Kami memahami bahawa setiap kes melibatkan emosi dan masa depan keluarga. Oleh kerana itulah kami menggabungkan kepakaran undang-undang dengan pendekatan yang penuh empati.

Peguam Syarie Bertauliah

Berdaftar dan bertauliah untuk beramal di Mahkamah Syariah KL & Selangor.

Pendekatan Empati & Sulh

Kami mengutamakan penyelesaian damai (sulh) dan mendengar dengan penuh belas kasihan.

Struktur Yuran Telus

Tiada caj tersembunyi. Anda tahu kos dari awal sebelum membuat keputusan.

Tindakan Pantas & Efisien

Maklum balas segera dan pengurusan kes yang teratur dari mula hingga selesai.

Sedia untuk berbincang?

Langkah pertama bermula di sini. Hubungi kami untuk sesi konsultasi sulit bersama peguam Syarie berpengalaman kami